ArifLab / ArifLab Flow
Privasi, diterangkan dengan jelas.
Notis ini meliputi laman awam ArifLab, alat percuma, demo rekaan dan penghantaran pertanyaan konsultasi. Dikemas kini pada 17 Oktober 2026.
Pilihan bahasa
Kami menyimpan pilihan bahasa anda melalui kuki tetapan penting sehingga enam bulan. Kuki ini hanya menyimpan pilihan Bahasa Melayu atau English sahaja, bukannya kandungan borang, dan tidak digunakan untuk tujuan pengiklanan.
Borang Tempahan & demo
Borang Tempahan menyimpan e-mel akaun, butiran borang bisnes dan permintaan pelanggan di Supabase, Singapura. Borang yang dikongsikan hanya memaparkan tajuk, nama bisnes dan senarai servis. Butiran hubungan, mesej dan status permintaan hanya boleh dilihat oleh pemilik borang. ArifLab boleh mengakses data bila perlu untuk tujuan sokongan, keselamatan atau permintaan yang sah di sisi undang-undang.
Pelanggan perlu beri persetujuan sebelum menghantar permintaan kepada bisnes. Kongsikan maklumat yang perlu sahaja; jangan masukkan kata laluan, dokumen pengenalan atau butiran bayaran. Pemilik bisnes bertanggungjawab menggunakan maklumat pelanggan hanya untuk tujuan pertanyaan yang dinyatakan. Permintaan disimpan sehingga dipadamkan melalui permohonan akses atau pemadaman kepada ArifLab, tertakluk pada kewajipan undang-undang. Pemilik boleh jeda borang bila-bila masa untuk hentikan permintaan baharu.
Pengesahan akaun menggunakan kuki keselamatan yang penting. Log masuk Google dikendalikan oleh Google dan Supabase mengikut dasar masing-masing. Demo ArifLab Flow pula menggunakan rekod rekaan dalam memori pelayar.
Pertanyaan konsultasi
Ringkasan disediakan dalam memori pelayar sahaja dan tidak dihantar atau disimpan di pelayan kami. Bila anda pilih WhatsApp atau e-mel, aplikasi tersebut akan dibuka dengan butiran yang dah disemak, dan anda sendiri yang perlu menghantar mesej itu. Perkhidmatan tersebut mengendalikan mesej mengikut dasar privasi masing-masing.
ArifLab menerima butiran hubungan dan maklumat yang anda hantar melalui saluran tersebut. Kami gunakannya untuk bincangkan keperluan, jawab pertanyaan dan sediakan skop yang dipersetujui. Kongsikan maklumat yang perlu sahaja; jangan hantar senarai pelanggan, kata laluan atau maklumat bayaran.
Analitik pilihan & log teknikal
Laman ini meminta persetujuan sebelum menghantar data penggunaan tanpa nama berkaitan alat, demo dan konsultasi. Data ini tidak menyertakan kandungan borang, nama atau nilai sebut harga. Pilihan anda disimpan pada peranti dan boleh diubah melalui Tetapan privasi. Kalau anda menolak analitik, penggunaan alat tidak akan terjejas.
Penyedia pengehosan (hosting) mungkin memproses metadata sambungan biasa dan log operasi untuk menyediakan serta melindungi laman. Kod analitik pada laman tidak bermakna perkhidmatan analitik atau amaran luaran yang berasingan telah diaktifkan.
Platform pelanggan & bayaran
Akses ruang kerja pelanggan dan bayaran awam dinyahaktifkan dalam keluaran awam ini. Terma pemprosesan, penyimpanan, tempoh simpanan, eksport data dan sokongan perlu dipersetujui sebelum menggunakan platform berbayar. Notis ini tidak mengubah perjanjian pelanggan yang sedia ada.
Pertanyaan & permintaan
Gunakan borang hubungan kami untuk sebarang pertanyaan mengenai maklumat yang dihantar, atau untuk memohon akses, pembetulan, mahupun pemadaman data anda. Hubungi ArifLab
Anda boleh gunakan alat di sini tanpa menghantar pertanyaan. Permintaan Borang Tempahan disimpan selepas persetujuan diberikan dan butang Hantar permintaan ditekan. Pertanyaan konsultasi pula dihantar melalui WhatsApp atau e-mel apabila anda sendiri yang menghantarnya.
