Langkau ke kandungan

ArifLab Flow

Tentang ArifLab Flow

Servis membina dan menyesuaikan sistem operasi bisnes mengikut skop aliran kerja anda.

Siapa saya

Saya Arif, pengasas dan pembangun di sebalik Flow. Saya menguruskan setiap projek secara terus daripada perbincangan keperluan awal dan penyediaan skop sehingga sistem siap diuji serta diserahkan kepada anda.

Kenapa Flow wujud

Bisnes servis kecil dan freelancer sering mengurus kerja di tempat berasingan. Flow wujud untuk menyatukan aliran pelanggan, sebut harga, kerja, dan rekod bayaran manual di dalam satu ruang kerja yang teratur.

Cara saya kerja

  1. 1. Bincang keperluan

    Kita semak aliran kerja semasa anda dan tentukan proses yang perlu disusun.

  2. 2. Skop dan kos bertulis

    Anda terima senarai fungsi dan sebut harga bertulis sebelum kerja bermula.

  3. 3. Bina, uji dan serah

    Sistem disiapkan, diuji bersama anda, dan diserahkan lengkap dengan panduan guna.

Maklumat perniagaan

Dikendalikan oleh ARIF GLOBAL HUB

No. Pendaftaran SSM: 202503024209 (JM1017879-P)

Hubungi melalui borang hubungan