SISTEM UNTUK BISNES
Kerja
merata-rata.
Satukan di sini.
Kami bina dan sediakan sistem operasi ikut cara anda bekerja—susun rekod pelanggan, projek, sebut harga, tugasan, dan bayaran di satu tempat.
Skop, kos dan serahan dipersetujui sebelum kerja bermula.
Buka di komputer atau laptop untuk paparan demo lebih luas dan selesa diteliti.

Kurang mencari.Lebih jelas langkah seterusnya.
Daripada pelanggan pertama hingga rekod bayaran. Terokai contoh sistem yang boleh anda cuba sendiri.
Sebut harga
Semak sebut harga, status dan pelanggan yang berkaitan sebelum membuat susulan.

PEMBANGUNAN & PENYEDIAAN
Apa yang anda dapat.
Setiap sistem dibina mengikut keperluan operasi yang dipersetujui dalam sebut harga rasmi.
Skop & kosAkses sistem yang dipersetujui
Pautan penggunaan dan hak capaian akaun pentadbir diserahkan mengikut skop yang ditetapkan dalam sebut harga.
Sesi penerangan penggunaan
Panduan langkah demi langkah secara langsung untuk menunjukkan cara mengendalikan setiap fungsi utama.
Dokumentasi ringkas
Rujukan pantas bertulis mengenai tatacara kemasukan data, sandaran dan pengurusan rekod harian.
Senarai semak penerimaan
Semakan bersama untuk memastikan semua fungsi beroperasi mengikut spesifikasi yang telah dipersetujui.
Cara kami siapkan sistem anda.
Bukan langganan perisian siap pakai. Kami reka dan bina satu ruang kerja tersusun ikut aliran bisnes servis anda.
- 01
Perbincangan awal
Fahami aliran kerja harian anda, masalah operasi semasa, serta matlamat sistem yang mahu dicapai.
- 02
Penetapan skop & sebut harga
Sediakan dokumen sebut harga rasmi yang memperincikan modul, struktur data dan kos pembangunan yang dipersetujui.
- 03
Bina & uji
Sistem dibangunkan mengikut skop bertulis dan melalui ujian fungsian sebelum diserahkan untuk semakan.
- 04
Serahan & panduan
Akses diberikan bersama panduan penggunaan ringkas untuk membolehkan anda memulakan operasi kendiri.
Skop & kos
Kos berasaskan keperluan sebenar.

Setiap sistem dinilai secara individu. Skop kerja, kos pembangunan, pengehosan dan sokongan pilihan akan dinyatakan jelas dalam sebut harga rasmi.
Pengehosan pelayan dan nama domain diuruskan berasingan mengikut pilihan infrastruktur anda.
Skop & kosSEBELUM KITA BERBINCANG
Soalan lazim.
Berapakah anggaran kos pembinaan sistem?
Tiada harga tetap kerana kami bukan perisian langganan pukal. Kos dinilai berdasarkan modul dan tahap penyesuaian yang anda perlukan melalui sebut harga bertulis.
Berapa lama masa yang diambil untuk siap?
Tempoh masa bergantung pada skop fungsi yang dipersetujui dan kepantasan maklum balas. Jadual pelaksanaan rasmi akan dinyatakan dalam dokumen sebut harga.
Adakah sistem saya akan dapat semua fungsi dalam demo?
Tidak semestinya. Demo adalah gambaran rekaan untuk rujukan konsep. Sistem anda hanya dibina dengan fungsi yang anda perlukan dan persetujui dalam skop.
Bagaimana dengan pemilikan sistem dan pengehosan?
Hak capaian, penempatan pelayan dan fail diserahkan mengikut ketetapan kontrak sebut harga. Kos pengehosan diuruskan berasingan dengan penyedia berkaitan.
BINCANG PROJEK ANDA
Sediakan ringkasan keperluan.
Kongsi ringkasan cara anda bekerja sekarang untuk kami semak kesesuaian sebelum perbincangan lanjut di WhatsApp.
Skop, kos dan serahan dipersetujui sebelum kerja bermula.
- 1. Keperluan
- 2. Semak draf
Borang Pertanyaan Servis Percuma
Bina pautan borang pertanyaan mudah untuk dikongsi di WhatsApp atau Instagram bagi mengumpul butiran pelanggan. Alat ini untuk menerima pertanyaan sahaja, bukan sistem tempahan slot atau bayaran.
Had akaun percuma: sehingga 3 borang, 10 servis setiap borang, dan 100 pertanyaan setiap borang. Tiada kad kredit diperlukan.
