ArifLab Flow
Tentang ArifLab Flow
Servis membina dan menyesuaikan sistem operasi bisnes mengikut skop aliran kerja anda.
Siapa saya
Saya Arif, pengasas dan pembangun di sebalik Flow. Saya menguruskan setiap projek secara terus daripada perbincangan keperluan awal dan penyediaan skop sehingga sistem siap diuji serta diserahkan kepada anda.
Kenapa Flow wujud
Bisnes servis kecil dan freelancer sering mengurus kerja di tempat berasingan. Flow wujud untuk menyatukan aliran pelanggan, sebut harga, kerja, dan rekod bayaran manual di dalam satu ruang kerja yang teratur.
Cara saya kerja
1. Bincang keperluan
Kita semak aliran kerja semasa anda dan tentukan proses yang perlu disusun.
2. Skop dan kos bertulis
Anda terima senarai fungsi dan sebut harga bertulis sebelum kerja bermula.
3. Bina, uji dan serah
Sistem disiapkan, diuji bersama anda, dan diserahkan lengkap dengan panduan guna.
Maklumat perniagaan
Dikendalikan oleh ARIF GLOBAL HUB
No. Pendaftaran SSM: 202503024209 (JM1017879-P)
