BORANG TEMPAHAN / PERCUMA
Satu pautan. Setiap pertanyaan lebih teratur.
Mudahkan pelanggan menghantar pertanyaan servis kepada anda. Semua butiran dikumpulkan di satu tempat yang teratur supaya anda jelas siapa yang perlu dihubungi semula.
Daripada mesej ‘boleh tempah?’ kepada permintaan yang jelas.
Nama, nombor telefon, servis dan tarikh pilihan—semuanya masuk dalam satu peti masuk. Tak perlu lagi cari semula mesej yang dah tenggelam.
Percuma: 3 borang · 10 servis setiap borang · 100 permintaan setiap borang. Tiada kad diperlukan.
TIGA LANGKAH MUDAH
Sediakan. Kongsi. Buat susulan.
- 01 / Cipta borang anda
Tambah nama bisnes dan servis yang boleh diminta pelanggan.
- 02 / Kongsi pautan
Letakkan pautan pada profil WhatsApp, bio Instagram atau kongsikan terus dalam perbualan pelanggan.
- 03 / Urus peti masuk
Baca permintaan yang masuk dan tandakan sebagai dah dihubungi, selesai atau diarkibkan. Jeda borang bila perlu.
Urus pertanyaan pelanggan dengan teratur, kurangkan kerja pentadbiran.
Sesuai untuk jurugambar, servis rumah, tutor dan pekerja bebas (freelancer). Pelanggan tak perlukan akaun untuk menghantar borang. Semua permintaan hanya boleh diakses oleh bisnes anda.
Permintaan ini tidak menempah slot kalendar atau mengutip bayaran. Sahkan janji temu terus dengan pelanggan anda.
Nak sambungkan pertanyaan pelanggan dengan urusan bisnes yang lain?
Arif Lab Flow menggabungkan rekod pelanggan, sebut harga dan penjejakan tugasan dalam satu aliran kerja. Kami bantu sediakan sistem mengikut cara bisnes anda berjalan.
