QR boleh mengikut warna brand, tetapi kebolehbacaan perlu datang dahulu. Warna yang hampir sama atau hiasan di atas kod boleh menyukarkan scan.
Mulakan dengan kod gelap pada latar cerah. Kekalkan ruang kosong di sekelilingnya. Dalam ArifLab, pilih warna dan design, semak preview, kemudian download PNG atau SVG. Watermark logo dan teks berada di luar kawasan kod; jangan memotong ruang penting semasa menyusun poster.
Gunakan URL sebenar yang anda kawal. QR statik menyimpan kandungan yang dimasukkan; menukar destinasi dalam kod biasanya memerlukan QR baharu. Tiada tracking redirect disediakan oleh generator ini.
Sebelum print banyak salinan, scan fail pada telefon dan cetak satu sampel pada saiz sebenar. Semak pencahayaan, jarak dan bahan cetakan. Decode fail digital sahaja tidak membuktikan cetakan fizikal akan mudah diimbas.
Pastikan halaman destinasi masih berfungsi. Untuk contoh awam ArifLab, gunakan halaman tools dan labelkan ia sebagai contoh, tanpa maklumat peribadi.

Percuma. Tanpa signup. Semak andaian dan input sebelum menggunakan hasil.